Isnin, 11 Jun 2012

RONDA - RONDA MALAM ! ^_~



Assalamualaikum.....


Malam-malam nie tak tahu nk buat ape so update blog j la. Perot pown dah kenyang melantak Nasi Lemak Antarabangsa. hehe.. Sebab dah lama gilerrrr tak makan. Alang-alang ayah aku nak ke Kampung Baru bayar bill celcom dia so ayah aku dengan baik hati nye meneman aku pergi beli. hehe.. Sayangggg papa !!! :)


Sambil-sambil termenung waktu malam nie aku teringat plk kt Kelantan (padahal dulu tak suka) heeee.. :D  Time-time nie aku dgn mmber bilik aku tak tidur lg and kami jarang tidur awal tau selain dah penat sangat baru tidur awal. hehe.. Kami jugak selalu tidur lambat sebab byk assignment kena buat (tula spe suruh buat last minute kn !) ~_~


Nak diceritakan lagi masa aku dh abis final exam, aku dengan Elis (bdk bilik) decide nk balik kampung masing-masing lambat sikit sebab malas la nk balik awal lg pown semester break 2 bulan. So nk lepak-lepak dulu la kat Kelantan uh. So yang balik dulu Farah dan Ann j. Sambil-sambil tu aku dgn Elis pown mengemas la bilik kiteowg yg agak 'xbersepah' uh. Banyak jugak la habuk nye tetapi kami bersemangat jugak mengemas nye. hehe..

Tapi sebenar nye agak bosan jugak la sebab kami duduk rumah j. Aktiviti yang kami lakukan tidur+mandi+makan+layan movie+online+pusing2 kampung. Nak keluar pown tak tahu nak pergi mana. huhu..


Jadi pada suatu malam tu (xingt hari apa) kami telah mengajak jiran sebelah rumah kami Taufik dan Pg jalan-jalan ke KB. So dieowg pown bersetuju. YESSSS !!!! :D Kami keluar rumah pada pukul 9 malam. 


First destinasi kami ke pantai PCB dulu. Sampai j kami pergi makan dulu sbb xmkn malam lg. huhu.. So menu yang aku pilih ialah Mushroom Soup dan Chicken Sizzling. Yang lain pown makan jugak tp Taufik j makan dessert sbb dia kata dah kenyang.


 
banyak kn dieowg makan. hehehe....


Lepas makan kami ke pantai pula bermain air. Nasib baik la cahaya lampu jalan terang kt pantai kalau tak satu apa pown tak nampak. Sambil tu menghirup udara segar dan dapat jugak la tenang kan fikiran selepas final exam. Rasa nk jerit pown ada tp malu la. ^_^  

Destinasi yg seterus nye kami ke PC (Pengkalan Chepa). Tapi kami hanya ronda-ronda j sbb ingt nk tengok kapal terbang tp mana ada kapal terbang pukul 12 kn ? hohoho.. So kami teros ke area KB. Dalam perjalanan tengok jugak la budak-budak muda racing motor. Memang ramai gilerrr la (mentang-mentang la kete xbyk). Lepas tu kami menghala ke Taman Perbandaran Tengku Anis. Saja nak tengok ada apa kat sana. Mmber Kelantan aku ckp kt sana ada tempat reaksi utk family. Tapi dh malam msti la dh tutup kn ? Tiba-tiba kami ternampak ada kedai Tutti Frutti kat situ so kami berhenti kt situ kejap. Nak beli Tutti Frutti kedai dah tutup so boleh ambik gambar j la kt luar kedai. huhu..  

Pastu kami lepak di Sungai Kelantan sbb kt tepi-tepi tu ada tmpat lepak dan ada restoran jugak. Tapi banyak dah tutup awal. Kat Kelantan nie jarang la nak nmpk kedai makan bukak sampai pagi. Maybe org sana tak suka kuar malam kot mcm org KL. Kalau kt KL malam tu macam siang j penuh dengan manusia. haha.. Sambil lepak tu tengok la org memancing. Selama kami tengok tu tak ada pown abg2 tu dpt ikan. Maybe ikan tengah tidur kot (ikan tidur k ?) ~_=   Memang best la lepak kt situ sbb angin sejuk gilerrr sampai Elis ajk blek. hehe.. Tiba-tiba Taufik dan Pg telah merancang bahawa kami akan blek pada pkol 3 pagi. APA ? Pukul 3 ? Gila laaaa... *_*  Tapi tak apa aku boleh bertahan lg. hehe..

Akhir nye jam sudah menunjuk ke arah jam 3 pagi. Kami pown terus pulang ke rumah sebab dah lewat sangat kn. heee.. ;) Masa dalam kereta mata aku mmg dah berat sangat. Mengantok gilerr. #_#  Tapi !!! baru j nak lena tidur Taufik cakap dah sampai rumah. Mak aiiiii !!!! Cepat nye. Hanya 15 minit j perjalanan kami dari KB sampai ke rumah. Gilerrr la Taufik drive mentang-mentang kereta tak banyak. huhu.. (aku drive pown mengambil masa 45 minit tau !)  Apa-apa pown Alhamdulillah kami selamat sampai di rumah. Apa lagi masuk j bilik katil dah panggil aku untuk tidur. hehe.. ^_~







Maaf la gamba xbrape nk lawa sbb guna phone j... :)






* thankz to Taufik sbb bawak kami jalan-jalan. Enjoy sangat2 n i will never forget this moment. :D









Tiada ulasan:

Catat Ulasan